Friday, September 17, 2010

raya!

1st raya as husband and wife.yay! best.sbb kita bleh berada dgn family dan org tersayang dlm satu masa.xyah kau blk umah kau, aku blk umah aku lg dah mcm dulu2..
raya ni kami gilir selang sehari kt umah masing2..mmg agak pening sbb barang besepah kt dua2 umah..bila nk pakai baju, baru sedaq yg seluar tetinggal umah mentua..haha!
selain happy, xtau nk kata apa lg..family mentua pun best..i feel welcomed :)
ada ambik family photo kt studio..sbb ada pertambahan org baru, naufal dan naurah(farah)..hehehe.
walopun cuti, ati duk teringat pasai keja kt opis yg xsiap2..tu yg kureng best skit.

hmm..masa 1st day raya, amir beraya kt umah aku..kami p smbahyang raya kat masjid dekat umah..pastu trus ziarah kubur dgn mama ngan babah..balik dr kubur macam besa laa, pekena nasik kt umah mcik mariah KLCC..amir 1st time rasa beraya suasana kampung.dia kata best.aku pon heppiii :))

2nd day pi beraya dgn nenek ngan wan kt aloq staq..aku mmg dah biasa jumpa sedara mara amir sebelum kahwin dulu, so xdak masalah sgt la nk sesuaikan diri..cuma nk merapatkan apa yg dh dekat ja..alhamdulillah la.

masa raya kedua, belah mlm ada reunion..pon best sgt2..cuma xlarat nk layan soalan "bila nk berisi"..hello, bkn aku bleh atoq2 bila nk ada baby ok..

kami betolak blk hari rabu..singgah penang, umah yone..tp yone plak balas dendam, tahan xbagi kami blk..tp mmg berbaloi2 laa..makanan mmg superb..rumah dia pon selesa selain family dia yg mmg ramah tamah, senang nk masuk..aku suka ngan tok dia..buat aku teringat arwah tok aku yg aku syg sgt2..sgt2..sgt2 :'(

ok, continue lg lain kali..tadik syg tabang!

Thursday, September 2, 2010

first note as a wife

selepas hampir 3 bulan, ni la br terasa nk tulis balik.
alhamdulillah..hidup terasa sempurna dari hari ke hari..telampau bnyk nk di share..perbezaan2 sebagai bujang dan berdua.


Yg paling ketara, sebelum kawen aku dah rasa mcm xleh nk berpisah dgn dia.rupa2nya dah kawen lg teruk..mmg bepisah masa mai ofis pon dah rindu gila.kalau mlm2 dia tidur dgn kwn2 kt hall dan aku tidur dlm bilik pon aku bleh terasa jauh.hihi..peliks sungguhs.padahal xsampai 3 langkah pon jaraknya.
satu lg yg aku br tau, aku bukan nak hidup dgn dia, tp aku mmg xbleh hidup tanpa dia..
rupa2nya dia tu bahagian dari diri aku yg sebelum ni aku xpenah tau pun kewujudannya.hmm..
dia yg makin aku kenal lepas 3 bulan ni, sgt sabar, penyayang, btanggungjawab..alhamdulillah, syukur ya Allah..semoga berterusan la mcm ni.
Dia, lebih kepada seorang sahabat utk aku.yg aku xperlu fikir tentang apa yg dia akan pikir pasal aku.sbb aku sentiasa nmpak kasih syg dia utk aku walau apa pun keadaan aku.

part problem pun ada jugak..tambah2 lg aku ngan dia dua2 anak sulung..masing2 ada tabiat suka mengawal dan mengarah sbg yg sulung..part tu yg aku bnyk belajar.cuba untuk mengalah dan mengawal..kdg2 hati xsuka dgn apa yg dia buat, tp aku cuba tolerate sebagaimana dia cuba tolerate dgn aku..aku percaya setiap benda dlm dunia ni mmg seimbang..ada beri, ada menerima..mcm mana aku redhakan hati dgn benda yg aku xsuka, ialah dgn cara cuba pikir balik apa yg dia redhakan pada aku, yg dia xsuka..insyaAllah aku akan terus mencuba dan aku pecaya dia pun xpernah berenti..magicnya, suma tu bleh jadi sbb cinta dan kasih sayang ;)


setakat 3 bulan ni, alhamdulillah aku rasa hidup aku dan dia terisi dgn gelak tawa dan kegembiraan.dia bleh buat aku tgelak besar dan aku pon sgt suka bila aku bleh buat benda yg sama kt dia.selalu usik mengusik, tu yg mengerat hubungan kot..
bnyk benda yg boleh buat aku senyum dan gelak bila ingat dia..cara dia gerak aku pagi2, ambik aku dr atas katil dan angkat aku letak bwh katil, cara dia tkejut bila selak selimut yg dia ingat ada aku tapi aku sengaja ganti dgn bantal panjang..:D cara dia merengek mcm budak2 dan buat gaya mengada2 bila kena gerak bgn, cara dia kucup aku lepas sembahyang.hmm..u make me smile!
haaa,yg yg paling aku suka bila aku dan dia smayang jemaah..terasa teratur, tenang, aman..
ya, kehidupan lepas kawen mmg sgt2 tenang..syukur.

hmm tu ja kot utk kali ni.bos2 pun dah masuk opis dah..hmm..ni sekadar cerita dari hati.bukan tujuan untuk berbangga2 sebaliknya ikhlas untuk berkongsi(walaupun aku xrasa ada org akan baca ;p).


end, i love u amir mustakim..

Tuesday, May 25, 2010

sawang sawang

blog dah bersawang..malash nk update.
ohh skarang tgh pening..sbb mama telampau rilex.bnyk benda yg halfway done..i prefer everythings to be DONE a week before, which now looks impossible :(

in my list, for this week to end i haf to:
  • reconfirmed fresh flowers utk hand bouquet
  • paksa bek ngan lani buat bunga tgn utk bridesmaid, cari inai
  • paksa tentera2 kt umah utk siapkan wedd favor dan segala bala kt umah tu..ohh
  • spa (pls pls pls)
  • hair do (i wanna look good in front of everyone since am the center of the day..jugak in front of my in laws..huhuk)
  • habiskan antaq kad segala bagai ni..hisy susah jugak nk panggil org mkn free rupanya :(
  • carik cincin terBAEKKK untuk bakal suami saya -_-"
  • beli kasut pengantin (oh how cud be so late?)
  • confirmkan dgn kak ella pasai accesories nk pakai masa reception(susah btol nk kontek dia ni)
  • confirmkan hiburan semasa majlis
  • confirmkan aturcara majlis
  • inai
  • berserah pada Allah...Ya Allah,tentukanlah yg terbaik dan sempurnakanlah majlis ini..aminn

Friday, April 16, 2010

:: kronologi kes ::


5.6.2010       :      insyaAllah bakal menamatkan zaman bujang kami.alhamdulillah :)))))
8.8.2009       :      memilih untuk bertunang..oh sgt besar cabaran sblum tunang dan masa mula2 btunang.siyes
1.4.2009       :      stelah 4 bulan kna tinggal, farah pun bhijrah ke ptrajaya jugak.dpt company yg sama lg tu :p
11.1.2009     :      ok,takut tlepas kt org lain..so kami declare couple..cewah!
15.12.2008   :      amir berhijrah ke putrajaya..da dpt keja
14.12.2008   :      farah dibawak jumpa mak bapak amir(blom pa2 lagi da kalut laa..adehh)
12.11.2008   :      1st date kat repoh kopitiam.haha
11.11.2008   :      selepas sebulan bermesej-mesejan..start tukaq2 num fon..siap set utk 1st date ;)
11.10.2008   :      setelah 5 hari,sang farah amik keputusan nk reply msg tu..kekeke..gatai jugak.
6.10.2008     :      sang amir mula msg sang farah kat friendster
4.10.2008     :      terserempak kt Fatin Corner
2008             :      dua2 da abih blajar,balik ke sarang balik - perlis.
2000-2008    :      xdapat dijejak(amir ke mrsm pendang,farah stay kt derma, pastu masing2 masuk universiti)
2000             :      da mula pandang2 jeling2
1998-2000    :      satu sekolah (SMK Derma)

Thursday, April 15, 2010

.:: WEDDING INVITATION ::.




yay! we will get hitched :D

Amir Mustakim Asrul Sani
and
Farah Hana Hamzan

cordially invite

you, your spouse and family


to join us as we begin our new life together
on 

5th June 2010
8.30pm
Km1, JLN Datuk Kayaman, Ngulang, Perlis
(AKAD)

6th June 2010
12pm onwards
Km1, JLN Datuk Kayaman, Ngulang, Perlis
(Reception 1)
10th June 2010
12pm onwards
Tmn Sena Indah, Kangar, Perlis
(Reception 2)


.:: you are all invited! ::.


Wednesday, April 14, 2010

Bajet Kahwin Persiapan sebelum kahwin



 1. Kadi :

 kos kadi : RM80++



 2. Kursus rumahtangga:


 kos kursus :  RM80


 3. Book Mak Andam:


 Kos : RM500


 4. Photographer:


 Kos : RM1000


 5. Kompang / Hadrah

 Kos :RM300


 6. Dekorasi blok dan pelamin

 Kos :RM1000



 7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja


 Kos : RM7000 (tengok kepala yg datang)


 8. DJ/Karaoke


 Kos :RM850

 

 9. door gift

 Kos : RM3000++


 10. Miscellaneous

Perkara perkara kecik orang selalu tlepas pandang... perkara perkara kecik ginilah yg selalu membuat kocek kita tebakar. Benda benda seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, rokok Rewang, Tuala rewang, pisau rewang, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan..

 Kos : RM2500 ++

Wednesday, February 17, 2010

CHECKLIST !

  • Tetapkan tarikh majlis  DONE
  • Bincang budget untuk setiap majlis  DONE
  • Senaraikan tetamu DONE
  • Pilih photographer DONE
  • Pilih dan tempah tukang masak DONE
  • Survey pilihan-pilihan pakaian  DONE
  • FRESH FLOWERS, survey pilihan, harga
  • hiburan semasa majlis
  • persediaan untuk tempahan kad DONE
  • kursus kahwin DONE
  • Tempah kad kahwin 1/2 DONE
  • Pilih cincin DONE
  • Susun atur program majlis
  • tempah baju sanding, nikah DONE
  • persediaan brg-brg untuk hantaran
  • Saguhati tetamu.1/2 DONE
  • Sediakan segala surat/sijil yg diperlukan untuk akad nikah
  • Pos kad jemputan DONE
  • Pilih kek, tempah DONE
  • Book tok kadi DONE
  • Book mak andam DONE
  • Tempah tempat tinggal untuk saudara jauh.DONE
  • perabot untuk bilik tidur DONE
  • destinasi bulan madu - buat tempahan.  DONE! :D


FINAL CHECK ! (1 month before)
  • reconfirmed tempahan :florist, baju/mekap, jurugambar/hiburan, kek dll.
  • Ambil cincin yg ditempah
  • Kemaskini cenderahati kepada tetamu. Pastikan mencukupi
  • Bincang susun atur meja/kerusi tetamu, pangantin.
  • penghantaran perabot yg dh ditempah
  • Alter dan ambil pakaian.
  • Manjakan diri di spa
  • Kemas rumah dan halaman
  • Kemas bilik pengantin
  • Kemaskini dan susun atur hantaran/ bunga telur/hantaran
  • Buat rawatan badan/muka
  • Cuba pakaian yg dah siap

     

inspired.dress.wishlist.2

Saturday, February 13, 2010

my first entry =)

hi..finally blog ni terhasil jua sesudah berbulan2 merancang beb..lets blog bout the wedding hehe -amet-

Friday, February 12, 2010

blogwarming

Hi ya! selamat datang ke blog kami..:)
12 Februari 2010 - blog ini terhasil sbg kenang-kenangan zaman pacaran kami(cewah!). Terhasil jugak sempena countdown kami(Farah dan Amir)ke majlis pernikahan kami pada 5 Jun 2010 dan resepsi pada 6 Jun 2009 & 10 Jun 2009. Blog ni tempat kami share tentang idea perkahwinan, perjalanan, persiapan perkahwinan dan sumanya lah.
Dah lama plan nk wat blog ni..tp asik tertangguh sbb dua2 bz dgn keja(spt tgk wayang, mkn2, tgk wyg lagi, mkn2 lagi, dating dan dating dan dating..mmg bz betoi -__-" )

hopefully someday blog ni will remind us of how wonderful is the life that we have together. I wish one day our child(insyaAllah) pun akan baca blog ni..ngeee!